Saturday, October 23, 2010

7 Jenis Wajah Mayat Di Dalam Kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah Kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidup
nya melakukan perkara syirik kepada Allah.Syirik adalah dosa yang paling besar
dalam Islam.

2. Mayat yang mukanya berbentuk khinzir. Itulah petanda semasa hidupnya tidak
melakukan solat lima waktu,tidak menjaga solat lima waktu.Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidup
derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.Itulah mayat yang semasa hidupnya suka
makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.Itulah mayat semasa
hidupnya suka berkelahi,mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari
bangkai.Itulah mayat suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat semasa hidupnya berilmu
dan beramal soleh.

Tuesday, January 26, 2010

Ego adalah ibu kepada sifat mazmumah. Dari sifat ego maka lahirlah sifat-sifat mazmumah yang lain. Ego mendekati syirik, iaitu syirik khafi.

Diantara tanda-tanda ego (kibir) pada diri ialah:

1. Diberi jawatan rasa terhibur.

2. Tidak dilantik, rasa tidak senang.

3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya selalu kasar.

4. Kalau dia pengikut, payah mahu taat.

5. Mudah marah, cepat melenting.

6. Emosional, mudah tersinggung.

7. Suka berkawan dengan orang bawahan, supaya dirinya nampak lebih tertonjol daripada
yang lain.

8. Payah menerima pandangan orang lain.

9. Di dalam majlis, rasa tidak senang bila orang lain memberi pandangan.

10. Di dalam majlis, mudah dan suka memotong cakap orang.

11. Suka hanya pandangannya sahaja diterima.

12. Suka memperkenalkan diri sendiri,daripada memperkenalkan pemimpin dan jemaah.

13. Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain, daripada anggota jemaah sendiri,
supaya tidak terlalu terikat dengan disiplin jemaah dan terserlah kesempurnaan dirinya.

14. Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain

15. Bercakap selalu dengan suara tinggi. Tidak boleh dicabar, pasti tercabar