Ego adalah ibu kepada sifat mazmumah. Dari sifat ego maka lahirlah sifat-sifat mazmumah yang lain. Ego mendekati syirik, iaitu syirik khafi.
Diantara tanda-tanda ego (kibir) pada diri ialah:
1. Diberi jawatan rasa terhibur.
2. Tidak dilantik, rasa tidak senang.
3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya selalu kasar.
4. Kalau dia pengikut, payah mahu taat.
5. Mudah marah, cepat melenting.
6. Emosional, mudah tersinggung.
7. Suka berkawan dengan orang bawahan, supaya dirinya nampak lebih tertonjol daripada
yang lain.
8. Payah menerima pandangan orang lain.
9. Di dalam majlis, rasa tidak senang bila orang lain memberi pandangan.
10. Di dalam majlis, mudah dan suka memotong cakap orang.
11. Suka hanya pandangannya sahaja diterima.
12. Suka memperkenalkan diri sendiri,daripada memperkenalkan pemimpin dan jemaah.
13. Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain, daripada anggota jemaah sendiri,
supaya tidak terlalu terikat dengan disiplin jemaah dan terserlah kesempurnaan dirinya.
14. Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain
15. Bercakap selalu dengan suara tinggi. Tidak boleh dicabar, pasti tercabar
No comments:
Post a Comment